Tuesday, May 26, 2009

Sesi Lepak-Lepak Gua Di tempat Orang

Gua tetap rasa lembu ni sangat cool, walaupon dibawah suhu 3 darjah celcius

Ok, berbalik pada tajuk. Kat sini hari-hari gua pergi kerja sampai muak

Memandangkan gua pon dikira sebagai tourist, terpaksa la gua bergambar jugak. Belakang tu bukan pemain bola german, tapi hanyalah seorang cacai dari romania.

Jadi,akibat kebosanan harian, gua amek keputusan berjalan-jalan sekitar yaraa river

Sampai jadi muak sebab hari-hari gua pergi sini.

Tidak bermaksud gua pergi sembahyang jumaat disini. Dan tidak bermaksud gua tak sembahyang jumaat.

Ini tempat tinggal gua. Cozy semua cukup. Takde bini je, kalau tak, memang lengkap.

Saat gua bershopping dan beli barang halal, gua kesini setiap hari

Supaya gua boleh campak-campak bahan basah yang gua beli lalu ia menjadi makanan yang menyakitkan perut

Akhirnya gua amek keputusan untuk naik tram ke tempat lain mencari makanan

Balik, gua prefer jalan kaki, sejuk bai. Jalan-jalan tepi dock. Ya, gua di Docklands

Itulah seharian idop gua bekerja disini

Nanti gua sambung lagi cerita gua tengok penguin. Amacam?

Wednesday, May 06, 2009

Pagi

Sejuknya hari ni

Rindu sudah gua dekat kampung halaman.

Rindu gua sama sijambu

Mulut gua sudah mula berasap asap

Macam mana la gua nak pergi kerja pagi ni

Konfem muka gua beku sebelum sampai office

Wednesday, April 22, 2009

Pulangkan Miliknya

Pulangkan miliknya
Kerana lakaran harian kau menyusahkannya
Pulangkan miliknya
Kerana posisi itu azali dirinya
Pulangkan miliknya
Kerana ia emas, penuh berharga
Pulangkan miliknya
Kerana noktah kau belum lagi disana
Pulangkan miliknya
Kerana disana tempat asalnya
Pulangkan miliknya
Kerana cerita itu ada sukanya
Pulangkan miliknya
Kerana hiba datang menjemput siduka
Pulangkan miliknya
Kerana nantikan cerita gembira
Pulangkan miliknya
Kerana kau bukan haknya
Pulangkan miliknya
Kerana ia sudah terlalu lama
Pulangkan miliknya
Kerana masa tiang punca
Pulangkan miliknya
Kerana kau tahu kau akan merana
Pulangkan miliknya
Kerana diri kau mampu berusaha
Pulangkan miliknya
Sisipkan doa, moga harinya sempurna

Amin

Saturday, April 18, 2009

Alah Bisa Tegal Biasa

Hari ini datang lagi
Pagi yang cerah, petangnya mendung dan malam nya suram
Suka itu kadangkala berubah duka
Tapi duka itu bukan dibina atas dasar masa
lama bukan mainan bahasa
hanya peranti kepada sebuah cereka yang gembira

Bagi yang merana
sabar itu separuh dari jalannya
Bagi yang terluka
sunyi itu bukanlah caranya
Bagi yang gembira
ingatlah akan harinya
bukan semua selalu milik kita

Ingatan kepada yang lama itu tegal biasa
Ingatan pada yang satu itu tiang utama
Ingatan pada diri itulah yang suci
Ingatlah pendirianmu
Letaklah dimana sepatutnya ia berada
kerana kau yang lebih tahu

Friday, April 03, 2009

Selamat Kah?

Kalau mudin memberi tajuk Selamat Lah! untuk entry barunya. Aku mahu mengajak semua memandang sedikit saja kedepan tentang persoalan yang rata-rata semua arif. Kalau tak faham lagi, tonton tv3. Tak faham lagi, tonton tv1 lepas jumaat ni. Tak paham lagi, tahniah.

Aku dikalangan jutaan manusia dibumi melayu yang ragu-ragu. Anda bagaimana?