Friday, October 31, 2008

On The Day versi blog (Intro)


-Antara all time favourite hero gua-

Mulai 1 November ni aku akan cuba buat satu siri dalam blog ni. Mungkin sebelum ini semua penulisan lebih kepada apa yang aku suka, tapi kadang kala sedikit disiplin dalam aspek penyusunan juga tidak menghalang aku untuk bebas menulis atau bercerita. Aku nak memperkenalkan satu siri ala-ala "On The Day" dekat BBC tu atau dekat Negara tercinta kita ni lebih kita kenal menerusi siri "Hari Ini Dalam Sejarah". Jadi aku cuba la bila mood aku restricted atau agak tandus, aku akan cuba penuhi siri ini dari masa ke semasa.

Ingat, ini versi blog. Jangan kau bukak dan kau mengomel menanyakan mana video nya. Aku hanya ingin berkongsi fakta. Sebab bagi sebilangan besar kita, tarikh ni suatu yang absolute, meaningful dan macam-macam lagi la falsafah disebalik. Tarikh lahir, kematian, kejadian; macam-macam. jadi, aku akan cuba berkongsi mana aku boleh. jadi nantikan november ini ya.
Bak kata bro kwai, dari aku cerita pasal apa aku makan harini atau post gambar awek, mungkin dah banyak blog diluar sana korang boleh follow. Jadi apa kata kita sort sikit sejarah dan teknologi. Kau bebas keluar masuk jika mahu. Tak rugi la senang cakap kalau kau baca, kan?

Seorang rakan tadi sarankan aku fiksyen baru oleh Sophie Kinsella - Remember Me? Bestseller sekarang katanya. Kalau seperti karangan dia sebelum ini; "The Secret Dreamworld of a Shopaholic" (yang bakal jadi movie next year tak silap aku) juga, mungkin aku terpaksa back off, bukan cup of tea aku. Bukan bermaksud aku menilai buku itu sebab chic faktor dia ke apa, cuma kalau kau pernah baca, kau akan faham. Aku agak kurang berminat bila ia melibatkan persoalan ekonomi. Bagi aku, perihal ekonomi ini menarik bila dibaca diakhbar, atau
disini. Itulah maksud aku.

Mungkin satu lagi yang bukan menjadi kegemaran aku adalah membaca perihal teknologi mitos atau lebih advance ayatnya; science fiction novel. Bagi aku cerita begini lebih sesuai di layar perak (walaupun memang untuk ke layar perak, kadangkala ia diadaptasi dari buku juga). Bukan apa, bagi aku , lebih bijak jika genre begini direalisasikan, kerana yang kau lihat adalah kecanggihan teknologi berlandaskan jalan cerita. Itu persepsi aku. Mungkin lain orang, lain cawannya.

0 untuk aku: