Selamat pagi semua. Amacam bangun awal hari ahad? Atau masih belum tido? Pagi ahad gua di temani Willie Nelson - Songbird, kasi chill out dengar blues dan country pagi ahad memang haven la bak kata mat saleh. Tapi apa-apa pun aku harap sabtu kau semalam bermakna macam sabtu aku.
Semalam aku ke Maskara Shorties di Rumah Pena. First impression; ramainya orang. Aku amik port paling bagus untuk menonton sampai cramp otot-otot di bontot. Tapi takpa, sebehagiannya amat menarik perhatian. Untuk aku memberi komen, aku rasa tidak sesuai memandangkan aku tidak dapat menonton sampai habis. Seorang rakan yang terpaksa pulang. Curfew itu melemaskan, betul.
Bercerita pasal filem pendek ni, semalam jugak ada satu kumpulan dari Sunway Kolej telah approach kami untuk skor filem-filem pendek mereka. Maaf, aku kurang memberi perhatian sangat sebab dalam group mereka mempunyai seorang gadis comel. Hilang professionalisme sebahagian dari kami. Sekali-sekala, apa salahnya. Jadi, mungkin aku akan cuba menyumbang satu skor untuk salah satu filem mereka. Mungkin..
Jadi sebelum aku berangkat ke rumah Ronnie untuk sesi recording seharian di sana, aku ingin berkongsi 7 trivia menarik untuk tatapan korang pagi ni:
Tahukah anda:
1. Honk bagi kereta-kereta di Amerika berbunyi dalam key F (aku sendiri tak pernah terfikir bai!)
2. Walt Disney sebenarnya takutkan tikus walaupun karektor Mickey Mouse tu meletup macam hot cake masa first release.
3.Plastic dekat hujung shoelace korang tu namanya "aglets"
4. Kalau korang selalu usha daun terup, korang akan perasan, King of Heart adalah satu-satunya king yang takde misai.
5. Korang tau apa itu barcode? Kalau korang nak tahu, product first dalam dunia ni yang ada barcode adalah Wrigley's gum.
6. Business paling tua di amerika adalah dari syarikat pembuat cymbal Zildjan. Founded dalam tahun 1623 di constatinople
7. Pernah tengok WD-40 atau pernah menggunakannya? Korang tau apa makna WD tu? WD tu stands for Water Displacer.
Nanti aku share lagi nice-nice facts yang cun cun dan weird. Gua harap korang happy di pagi ahad. Enjoy your Weekends!
Hypocrisy #1: Sisterhood
-
Aku tak kisah kalau laki dapat gaji yang lebih daripada perempuan untuk
kerja yang sama. Atau laki mahu membayar setiap kali makan. Atau nak
bukakkan pintu...
3 hours ago


0 untuk aku:
Post a Comment