Bukan setiap hari adalah milikmu
Walau setiap masa kau berliku
Dalam diam kau sentuh titik hitam
Dalam sedar kau tutup cahaya yang menyinggah
Kau lengahkan masa depan
Kau ambil mudah masa lampau
Tiada satu pun kau pautkan niat
Hanya kantung-kantung dongeng yang kau ciptakan sendiri
Supaya kau dapat menyimpan semua
Hitam, pedih, liku dan masa lalu
Kau campurkan
Kau sekalikan
Hingga kau lupa
Yang mana satu yang kau perlu satukan dahulu
Yang mana kau perlu abaikan dahulu
Yang mana kau telah terlupa
Kerana kau hanyalah sebongkah kotak
Yang tidak tahu kapasiti diri
Sebongkah kotak bermuka manusia
Walau setiap masa kau berliku
Dalam diam kau sentuh titik hitam
Dalam sedar kau tutup cahaya yang menyinggah
Kau lengahkan masa depan
Kau ambil mudah masa lampau
Tiada satu pun kau pautkan niat
Hanya kantung-kantung dongeng yang kau ciptakan sendiri
Supaya kau dapat menyimpan semua
Hitam, pedih, liku dan masa lalu
Kau campurkan
Kau sekalikan
Hingga kau lupa
Yang mana satu yang kau perlu satukan dahulu
Yang mana kau perlu abaikan dahulu
Yang mana kau telah terlupa
Kerana kau hanyalah sebongkah kotak
Yang tidak tahu kapasiti diri
Sebongkah kotak bermuka manusia

0 untuk aku:
Post a Comment