Thursday, February 26, 2009

Lembu

Lembu dan politik memang tak secocok, gua rasa diorang lupa dulu penyapu dan majlis rasmi pun tak ngam. Dan kalau nak bergaduh pasal lembu, carik la medium lain untuk cerita. Give up aku dengan akhbar harian.

Friday, February 20, 2009

Jadi atas diri sendiri amacam?

Nak boikot, boikot terus.

Hangat-hangat tahi ayam, baik jangan.

Senang sangat lupa semua

Bantuan banyak lagi yang belum sampai

Orang dah sibuk fikir pasal MB palsu dan lain-lain

Tak penat ke?

Saman, tukar kereta, dan macam-macam benda sama

Meluat nak bukak akhbar

Cuba klik sini<-----

Kisah suatu jumaat

Mungkin korang akan ingat balik

Kalau jadi ke atas kita amacam?

Lagi sekali,

Korang tak penat ke?

Wednesday, February 18, 2009

A manager, we have now



A studio session recorded with the new manager
A "Wknd Session" and "Tuborg Session" practise

Tuesday, February 10, 2009

Tak sangka aku Shah Alam jauh lebih cool dari Perak


Di Hari Pertama


Teruskan langkah yang sedia terbentuk
Liku itu hanya letak dikaki
Jauh sekali dari hati
Selamat berjaya dihari pertama
Ciptakan sejarah yang sememangnya tersedia
Untuk kau lakarkan
Sebuah kanvas kosong bersih
Hadiah diri untuk si bidadari
Warnailah secantik mungkin
Lukislah semahu mu
Disamping janji yang dipegang
Selamat berjuang

Friday, February 06, 2009

Sebongkah Kotak Bermuka Manusia

Bukan setiap hari adalah milikmu
Walau setiap masa kau berliku
Dalam diam kau sentuh titik hitam
Dalam sedar kau tutup cahaya yang menyinggah
Kau lengahkan masa depan
Kau ambil mudah masa lampau

Tiada satu pun kau pautkan niat
Hanya kantung-kantung dongeng yang kau ciptakan sendiri
Supaya kau dapat menyimpan semua
Hitam, pedih, liku dan masa lalu
Kau campurkan
Kau sekalikan
Hingga kau lupa
Yang mana satu yang kau perlu satukan dahulu
Yang mana kau perlu abaikan dahulu
Yang mana kau telah terlupa

Kerana kau hanyalah sebongkah kotak
Yang tidak tahu kapasiti diri

Sebongkah kotak bermuka manusia

Tuesday, February 03, 2009

Wahai Bangsa

Keranda 152 Bahasa Kita Air Mata & Maruah Kita
Persatuan Linguistik Malaysia 2002
Cetakan Pertama 1968
108 mukasurat

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya.

Buku Keranda 152, Bahasa kita, Air Mata & Maruah Kita, adalah sebuah buku yang sudah lama saya cari. Ianya merupakan buku yang diterbitkan semula oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 2002. Buku asalnya berupa himpunan tulisan berbentuk stensilan pada tahun 1968. Ianya berupa cetusan hati untuk memperingati ulangtahun peristiwa penentangan terhadap Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967). Buku ini menceritakan detik detik peristiwa penentangan yang berlaku pada 3 Mac, 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa & Pustaka.

Apa sebenarnya Keranda 152? Ianya merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.

Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai sesatunya Bhasa rasmi telah tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan manasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Apa yang berlaku pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagai dikhianati oleh para pemimpin yang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967.

Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."

Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.

Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. selepas peristiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.
Tahun ini genap 40 tahun Peristiwa Keranda 152. Ramai yang mungkin lupa, tak tahu atau buat-buat lupa. 40 tahun Keranda 152 dan 50 tahun merdeka adalah saat yang mungkin sesuai untuk bermuhasabah dan menyoal diri...

Di manakah Bahasa Melayu?

Masih di dalam keranda?

---------------------------------

3 Mac ini genaplah 42 tahun peristiwa mengusung Keranda 152 oleh pejuang bahasa Melayu di tahun 1967.

Tahun 2001 menyaksikan apa yang disuarakan dan ditentang oleh pejuang bahasa di tahun 1967 menjadi kenyataan. Keranda 152 bagai sudah dipaku rapat dan sedia untuk dikambus apabila bahasa Melayu diketepikan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Penghujung tahun 2008 mula kelihatan riak-riak pejuang bahasa sudah mula bersuara. Selama ini ramai tokoh bahasa Melayu yang tenggelam dalam dunia sendiri. Seronok sendiri berhimpun membaca puisi yang tidak didengar orang. Sibuk mencari Melayu di Afrika hingga lupakan nasib Melayu di tanah sendiri. Tambah seronok bila ada yang diberi gelar pendita, lalu khusyuk membilang biji tasbih dan lupa untuk mengambil peranan dalam masyarakat. Saat menjelang pilihanraya 2008 yang sepatutnya menjadi medan dan peluang paling penting untuk melobi sokongan kepada perjuangan mengangkat bahasa Melayu telah berlalu begitu sahaja.

Adakah tahun 2009 akan memahat sejarah sebagai titik perubahan ke arah usaha mengembalikan bahasa Melayu ke tempat asalnya?


*Taken from email*

Sunday, February 01, 2009

A Season In Reverse

within this particular space
the day stood beside
the glorious moment on the previous journey soften
and began to reset the dial on a wrong direction
and time goes to waste

then the journey starts again
as the same particular space she stood before
between the seal of heart
it's open
to another direction
to a heart that adjourn all those false moment
previously
looking at life never the same again

as she can sleep now with the radio on
in this particular space previously called home
where river and fire meet
a cloud 9
a blast from the past
communication come and goes
and this is a tribute to the last Sunday

at this particular space of vista
the spring comes in february
as the seasons work in reverse
the seal is near