Tuesday, May 26, 2009

Sesi Lepak-Lepak Gua Di tempat Orang

Gua tetap rasa lembu ni sangat cool, walaupon dibawah suhu 3 darjah celcius

Ok, berbalik pada tajuk. Kat sini hari-hari gua pergi kerja sampai muak

Memandangkan gua pon dikira sebagai tourist, terpaksa la gua bergambar jugak. Belakang tu bukan pemain bola german, tapi hanyalah seorang cacai dari romania.

Jadi,akibat kebosanan harian, gua amek keputusan berjalan-jalan sekitar yaraa river

Sampai jadi muak sebab hari-hari gua pergi sini.

Tidak bermaksud gua pergi sembahyang jumaat disini. Dan tidak bermaksud gua tak sembahyang jumaat.

Ini tempat tinggal gua. Cozy semua cukup. Takde bini je, kalau tak, memang lengkap.

Saat gua bershopping dan beli barang halal, gua kesini setiap hari

Supaya gua boleh campak-campak bahan basah yang gua beli lalu ia menjadi makanan yang menyakitkan perut

Akhirnya gua amek keputusan untuk naik tram ke tempat lain mencari makanan

Balik, gua prefer jalan kaki, sejuk bai. Jalan-jalan tepi dock. Ya, gua di Docklands

Itulah seharian idop gua bekerja disini

Nanti gua sambung lagi cerita gua tengok penguin. Amacam?

Wednesday, May 06, 2009

Pagi

Sejuknya hari ni

Rindu sudah gua dekat kampung halaman.

Rindu gua sama sijambu

Mulut gua sudah mula berasap asap

Macam mana la gua nak pergi kerja pagi ni

Konfem muka gua beku sebelum sampai office